Penggunaan perisian Corel Ulead VideoStudio 11 Plus (versi lama) akan dapat membantu kita dalam proses suntingan video klip. Permulaanya mudah, semua fail video yang hendak disunting perlu dalam bentuk MPEG. Untuk contoh disini kita akan ambil fail video yang tidak bersambung.
Buka Corel Ulead VideoStudio 11 Plus, kemudian open video file
Seret video file tadi ke video track storyboard view atau timeline view
Proses suntingan untuk membuang babak yang tidak diperlukan. Gunakan trim handless, seret bahagian pangkal atau hujung fail video. Antara arahan atau butang suntingan yang bo;eh digunakan disini.
- Rotate video 90degree clockwise
- Color correction.
- Playback speed
- Reverse video
- Save as still image
- Split Audio
- Split by scene
- Multi-trim video
Boleh menggunakan multi trim video untuk membuang bahagian video klip yang tidak dikehendaki
Setelah selesai proses suntingan fail video ini, ianya boleh disimpan dalam bentuk Ulead Video Studio 11 project file (*VSP) boleh dibuka semula untuk proses suntingan selanjutnya. Dalam bentuk video klip iaitu MPEG files (mpg.*.m2t)
Contoh video klip yang telah siap disunting